Raja Salomo memberi Hiram dua puluh kota di Tanah Galilea, kerana Hiram, raja Tirus itu, telah membekalkan kayu araz, kayu sanubar, dan emas kepada Salomo, sebanyak mana yang dikehendakinya. Lalu Hiram pergi dari Tirus untuk melihat kota-kota yang diberikan Salomo kepadanya, tetapi semua kota itu tidak menyenangkan hatinya.
1 Raja-Raja 9:11-12
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "20 kota di tanah Galilea"
Bab 9 kitab 1 Raja-Raja kisah sekali lagi TUHAN menampakkan diri kepada Salomo selepas kerja-kerja pembinaan Bait TUHAN, istana raja dan segala sesuatu yang ingin dibuatnya (ay.1).
TUHAN memberikan peringatan kalau Salomo tulus hati dan jujur serta bertindak selaras dengan perintah TUHAN, maka kerajaannya teguh selama-lamanya (ay.4-5).
TUHAN yang menentukan jatuh bangun seorang pemimpin selagi tulus dan jujur kepada TUHAN selagi itu dia teguh tetapi sebaliknya kalau tidak lagi tulus dan jujur.
Kemudian raja Salomo memberikan 20 kota di tanah Galilea kepada raja Hiram sebagi ganjaran membekalkan kayu Araz, senubar dan emas (ay.11). Tidak pasti adakah kota tempat tinggal Tuhan Yesus termasuk dalam senarai 20 kota itu.
Bukan 20 buah rumah atau kampung tetapi 20 kota, bagi peminat harta sudah tentu sangat gembira.
Tinggal lagi mahu dibuat apa dengan kota-kota itu, untuk menarik minat para pedagang berdagang di sana.
Semoga 20 kota di tanah Galilea dapat kita usahakan supaya menjadi sumber berkat.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya ada 20 kota sebagai anugerah kepada kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 12.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment