Lalu kata orang itu kepadanya, “Aku pun seorang nabi, sama seperti engkau. Ada malaikat yang bersabda kepadaku atas perintah TUHAN demikian, ‘Bawalah dia pulang bersamamu ke rumahmu, supaya dia makan roti dan minum air.’ ” Tetapi dia berbohong kepadanya.
Maka kembalilah orang itu bersamanya, lalu makan roti dan minum air di rumahnya.
1 Raja-Raja 13:18-19
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dia berbohong"
Bab 13 kitab 1 Raja-Raja kisah tangan Yerobeam menjadi kaku apabila dia menyuruh untuk menangkap hamba TUHAN dari Yehuda yang bernubuat terhadap mazbah di Betel akan terbelah dan abu di atasnya tercurah, memang terjadi ketika itu juga (ay. 3-5).
Tetapi Yerobeam tidak bertaubat selepas tangannya pulih selepas hamba TUHAN itu memohon kepada TUHAN (ay.6).
Hamba itu pun pulang tidak boleh mengikuti jalan yang sama atau makan minum di Betel kerana firman TUHAN begitu (ay.9).
Tetapi ada seorang nabi tua di Betel berbohong bahawa ada malaikat menyuruhnya menjemput hamba TUHAN itu ke rumahnya (ay.18).
Akibat perbuatan itu hamba TUHAN itu mati diterkam oleh singa dalam perjalanan pulang selepas makan dan minum (ay.23-24).
Begitulah kesan berbohong, ingatkan orang awam saja yang berbohong nabi tua pun berbohong, malah menggunakan alasan suci berbohong.
Semoga kita tidak seperti nabi tua di Betel dia berbohong sehingga menyebabkan kematian hamba TUHAN dari Yehuda.
Doa: Tuhan Yesus ajar kami supaya tidak berbohong supaya tiada yang diterkam singa.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 16.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment