Pada waktu Ahab melihat Elia, Ahab berkata kepadanya, “Engkaukah ini, wahai orang yang menyusahkan Israel?” Jawabnya, “Bukan aku yang menyusahkan Israel, melainkan engkau dan kaum keluargamu, kerana kamu telah meninggalkan perintah-perintah TUHAN lalu mengikuti para Baal.” 1 Raja-Raja 18:17-18 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bukan aku yang menyusahkan Israel" Bab 18 kitab 1 Raja-Raja bersambung kisah nabi Elia dan raja Ahab. Pada tahun ketiga hujan tidak turun, nabi Elia diperintahkan TUHAN menunjukkan diri kepada Ahab, sebab TUHAN akan menurunkan hujan (ay.1), kebuluran di Samaria sangat teruk (ay.2). Pertemuan mereka pun berlaku Ahab menyalahkan Elia sebagi penyebab kesusahan rakyat tetapi Elia mengatakan Ahab dan keluarganya penyebab kerana mereka mengikuti para Baal (ay.18-17). Perhitungan pun berlaku di gunung Karmel (ay.20-46). Elia menentang 450 orang nabi Baal(ay.22). Mereka beradu korban siapa yang dijilat api dari Baal atau dari TUHAN. Giliran para nabi Baal dari pagi sampai petang korban mereka tidak dijilat api. Kemudian giliran Elia, korban terlebih dahulu disiram air sehingga parit sekeliling penuh. Elia berdoa kepada TUHAN, api pun turun membakar habis korban, kayu api, batu-batu, debu tanah dan air dalam parit (ay.38). Elia pun memusnahkan 450 nabi Baal (ay.40). Elia berdoa di puncak gunung Karmel selepas tujuh kali dia memohon akhirnya hujan lebat turun (ay.45). Baal tidak berkuasa untuk menghasilkan api, atau hujan, tetapi masih disembah oleh orang Isreal. Semoga kita tahu hujan ialah pemberian TUHAN sesuai keperluan kita, seperti yang di kata Elia bukan aku yang menyusahkan Israel tetapi Ahab sebab menyembah Baal yang tidak berguna. Doa: Tuhan Yesus kuatkan supaya bukan aku yang menyusahkan orang lain. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kupi-kupi Stay Masilou Malaysia 21.3.2026 Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Comments

Popular Posts