Jawabnya, “Jangan bunuh mereka. Apakah orang yang sudah kautawan akan kaubunuh dengan pedang serta panahmu? Hidangkanlah makanan dan minuman di hadapan mereka. Biarkan mereka makan dan minum, lalu pulang kepada tuan mereka.” Maka raja menyediakan jamuan besar bagi mereka. Setelah mereka makan dan minum dilepaskannya mereka pergi, lalu mereka pun pulang kepada tuan mereka. Sejak itu gerombolan orang Aram tidak pernah datang lagi ke Tanah Israel. 2 Raja-Raja 6:22-23 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Hidangkanlah makanan dan minuman" Bab 6 kitab 2 Raja-Raja bersambung kisah pelayanan nabi Elisa, kisah pertama mata kapak timbul dari dalam sungai Yordan yang terjatuh ketika rombongan nabi menebang pokok untuk dibuat rumah mereka, Elisa mengerat sepotong kayu dan mencampakkan ke dalam sungai tempat mata kapak terjatuh maka timbullah mata kapak itu (ay.1-7). Kisah kedua askar Aram mengepung rumah Elisa untuk menangkap kerana marah kepada Elisa sebab tahu rancangan perang raja Aram dan telah mengagalkannya (ay.10-12) tetapi mata semua askar menjadi buta kemudian dibawa oleh Elisa ke kota Samaria mata mereka dipulihkan dan diserahkan kepada raja Israel, bukan untuk dibunuh tetapi diberi hidangan makanan dan minuman, selepas itu mereka dibebaskan untuk pulang kepada raja Aram sejak itu gerombolan Aram tidak lagi menyerang Israel (ay.22-23). Mengusahakan damai bukan perang merupakan doa kita untuk semua negara di dunia termasuk di Iran yang sedang berperang. Semoga kita seperti nabi Elisa bukan membunuh askar Aram tetapi hidangkanlah makanan dan minuman kepada mereka dan dibebasakan. Doa: Tuhan Yesus ajar kami memberi makanan dan minuman kepada orang yang memusuhi kami. Paskah itu untuk berdamai. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 31.3.2026.

Comments

Popular Posts