Salomo mencintai TUHAN, dia hidup menurut segala ketetapan Daud, ayahnya. Bagaimanapun, dia masih mempersembahkan korban dan membakar dupa di bukit-bukit pemujaan. 1 Raja-Raja 3:3 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Membakar dupa di bukit-bukit pemujaan" Bab 3 kitab 1 Raja-Raja kisah Salomo mendapat mimpi bertemu dengan TUHAN dan dia meminta kebijaksanaan bukan perkara lain, TUHAN memandang baik permintaan itu, TUHAN berkenan mengkurniai kebijaksanaan kepada Salomo malah tidak ada yang lebih bijaksana sebelum dan selepasnya (ay.12), bukan itu saja TUHAN juga memberi kekayaan yang tiada tandingan sepanjang umurnya (ay.13). Begitulah bijaksana dan kayanya Salomo, tetapi dia masih mempersembahkan korban dan membakar dupa di bukit-bukit pemujaan (ay.3) yang dilarang oleh TUHAN (Ima.26:30). Hari ini kadang kita terbuat sesuatu seperti yang dilakukan oleh Salomo terutama musim pesta Kaamatan. Masih memuja semangat padi sedangkan sudah menjadi milik Kristus. Semoga kita tidak seperti raja Salomo walaupun bijaksana dalam masa yang sama masih mempersembahkan korban dan membakar dupa di bukit-bukit pemujaan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak lagi membakar dupa pujian selain kepada-Mu sahaja. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 6.3.2026.

Comments

Popular Posts