Kemudian majulah Raja Israel dengan Yosafat, raja Yehuda, ke Ramot-Gilead. Kata Raja Israel kepada Yosafat, “Aku akan memasuki medan perang itu dengan menyamar diri. Tetapi engkau, kenakanlah pakaian kebesaranmu.” Maka menyamarlah Raja Israel, kemudian masuk ke medan perang. 1 Raja-Raja 22:29-30 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Memasuki medan perang" Bab 22 kitab 1 Raja-Raja bersambung kisah raja Ahab, kali ini dia sendiri mahu berperang merebut Ramot-Gilead daripada raja Aram (ay.29), dalam pertempuran itu raja Ahab memasuki medan perang tanpa mengenakan pakaian kebesaran tetapi Yosafat raja Yehuda dengan pakaian kebesaran (ay.29-30). Ahab memang seorang yang berani, dia masuk medan perang sebagai askar biasa, berbanding Yosafat, malah ketakutan apabila diserang musuh dan melarikan diri (ay.32-33). Malang bagi Ahab dia terkena panah yang dilepasakan semberangan oleh askar Aram (ay.34), dia mati hari itu juga di medan perang dengan ditopang berdiri di atas kereta kuda di hadapan orang Aram (ay.35) raja Ahab tidak melarikan diri inilah yang dikatakan sehingga ketitisan darah yang terakhir. Saya terharu keberaniaan beliau sayang dia bukan disebut raja yang baik di mata TUHAN sebab menyembah Baal (1 Raj.16:31). Semoga kita tidak takut berdepan peperangan rohani, seperti raja Ahab memasuki medan perang sehingga ketitisan darah yang terakhir. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya masuk medan perang rohani setiap hari. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 25.3.2026

Comments

Popular Posts