maka dengarlah kiranya dari syurga, tempat tinggal-Mu. Bertindaklah selaras dengan semua yang diserukan kepada-Mu oleh orang asing itu. Dengan demikian, segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu serta takut kepada-Mu seperti umat-Mu Israel dan mereka tahu bahawa nama-Mu diserukan atas bait yang kubangunkan ini. maka dengarlah kiranya di syurga, tempat tinggal-Mu, doa dan permohonan mereka serta belalah perkara mereka. 1 Raja-Raja 8:43. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu" Bab 8 kitab 1 Raja-Raja kisah Raja Salomo mengangkut Tabut TUHAN ke bait suci di Tempat Maha Suci oleh para Imam dan orang Lewi (ay.4-6). Kemudian Salomo berdoa kepada TUHAN antara kata-katanya berdoa kepada TUHAN agar mendengar doa orang asing yang berdoa di bait TUHAN itu supaya segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu serta takut kepada-Mu seperti umat-Mu Israel (ay.43). Selepas itu raja Salomo mempersembahkan korban sembelihan sebagai 22 ribu ekor lembu dan 120 ribu ekor domba (ay.63). Begitulah meriah kebaktian itu TUHAN juga berkenan, Dia hadir dalam bentuk awan berkilau (ay.10-11). Bait TUHAN di Yerusalem tidak hanya umat Israel sahaja tetapi untuk semua bangsa, hari ini kita sudah menjadi sebahagian umat yang berdoa di bait itu melalui Tuhan Yesus. Gereja kita juga bukan untuk anggota jemaah kita sahaja tetapi untuk semua yang mahu berdoa kepada Tuhan Yesus. Semoga kita seperti raja Salomo memohon doa bagi bangsa asing supaya segala bangsa di bumi dapat mengenal nama-Mu. Doa: Tuhan Yesus ajar kami supaya berdoa untuk bangsa asing supaya mereka mengenal nama-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 11.3.2026.

Comments

Popular Posts