Katanya, “Biarlah Abisag, gadis Sunem itu, diberikan kepada Adonia, abangmu, untuk menjadi isterinya.” Tetapi jawab Raja Salomo kepada ibunya, “Mengapa Ibu meminta Abisag, gadis Sunem itu, bagi Adonia? Mintalah juga kerajaan ini bagi dia, kerana dia saudaraku yang lebih tua — ya, bagi dia, bagi Imam Abyatar, dan bagi Yoab anak Zeruya.” 1 Raja-Raja 2:21-22 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengapa Ibu meminta Abisag" Bab 2 kitab 1 Raja-Raja kisah Adonia meminta pelayan raja Daud yang bernama Abisag menjadi isterinya kepada raja Salomo melalui Batsyeba ibu raja (ay.13-18) selepas kemangkatan raja Daud yang telah memerintah selama 40 tahun, sebelum itu raja Daud berpesan kepada Salomo agar menghukum Yoab dan Simei tetapi menjaga anak-anak Barzilai (ay.5-10). Kemarahan Salomo terpancing mendengar permintaan Adonia itu, lalu bermulalah kisah berdarah, Adonia, Yoab dan Simei dihukum mati imam Abyatar dipecat daripada jawatan imam (ay.22-46). Agaknya kalau Salomo tidak bertindak demikian kukuhkah kerajaannya? Alkitab mencatat itulah cara kerajaan Salomo dikukuhkan (ay.46). Semoga kita seperti Salomo perkataan "mengapa Ibu meminta Abisag" sebagai pencetus kebangkitan iman kita menjadi lebih kuat. Doa: Tuhan Yesus berikan kami kata-kata pencetus semangat seperti Salomo. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 5.3.2026.

Comments

Popular Posts