Kemudian Naaman berkata, “Jika demikian, mohon berilah hambamu ini tanah sebanyak muatan dua ekor baghal, kerana hambamu ini tidak lagi akan mempersembahkan korban bakaran atau korban sembelihan kepada tuhan-tuhan lain kecuali kepada TUHAN.”
2 Raja-Raja 5:17
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tanah sebanyak muatan dua ekor baghal"
Bab 5 kitab 2 Raja-Raja bersambung kisah pelayanan nabi Elisa, kali ini dia didatangi panglima Aram iaitu Naaman untuk disembuhkan daripada penyakit kusta.
Elisa menyuruhnya mandi tujuh kali di sungai Yordan supaya pulih dan menjadi suci (ay.10), Elisa tidak berjumpa bersua muka dengan Naaman hanya melalui perantaraan hambanya (ay.11).
Kita tahu kenapa begitu sebab seseorang yang mengidap penyakit kusta tidak suci.
Tetapi selepas Naaman pulih dan menjadi suci Elisa berjumpa bersua muka, Naaman mengaku di hadapan Elisa bahawa tiada tuhan lain selain TUHAN di Israel (ay.15).
Naaman juga memohon untuk mengambil tanah sebanyak muatan dua ekor baghal, kerana tidak akan mempersebahkan korban bakaran atau korban sembelihan kepada tuhan-tuhan lain kecuali kepada TUHAN (ay.17).
Begitulah seorang Aram disembuhkan bukan saja penyakit tetapi imannya kepada TUHAN yang benar.
Hari ini berapa kali kita sembuh daripada penyakit adakah iman kita dikuatkan atau sekurang-kurang mengucapkan syukur kepada TUHAN.
Semoga kita ada tanda kesembuhan untuk mengingatkan kita bahawa TUHAN menyembuh kita seperti Naaman mengambil tanah sebanyak muatan dua ekor baghal dibawa pulang sebagi ingatan kesembuhannya.
Doa: Tuhan Yesus ajar kami supaya ingat kepada-Mu selepas kami sembuh daripada penyakit.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 30.3.2026
Dergahayu TYT Sabah Tun Musa Aman sempenah ulang tahun keputraan hari ini.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment