Jawab Elia kepada mereka, “Kalau aku memang hamba Allah, biarlah api turun dari langit melahap engkau dengan kesemua lima puluh orang anak buahmu.” Maka turunlah api Allah dari langit melahap dia bersama-sama lima puluh orang anak buahnya.
2 Raja-Raja 1:12
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kalau aku memang hamba TUHAN"
Bab 1 kitab 2 Raja-Raja muncul lagi watak nabi Elia orang Tisbe, tugasnya kali ini menegur Ahazia raja Israel yang menggantikan raja Ahab yang telah meminta petunjuk Baal-Zebub selepas dia terjatuh dari atas istananya (ay.2-3).
Raja itu pun mati sesuai pesan TUHAN (ay.17).
Elia didatangi tiga kali utusan raja Ahazia supaya bertemu dengannya, dua rombongan itu hangus oleh api dari langit sebab memanggil Elia sebagai hamba TUHAN dengan tidak memberi hormat (ay.9-12).
Perkataan "hamba TUHAN" tidak boleh disebut dengan niat yang tidak baik seperti mempersenda atau memerintah sebab boleh berlaku seperti Elia" kalau aku memang hamba TUHAN, biarlah api turun dari langit melahap engkau"
Dalam masa yang sama kelakuan hamba TUHAN pun mesti selaras dengan statusnya apa lagi yang sudah ditahbis menjadi pendeta.
Semoga kita seperti Elia kalau aku memang hamba TUHAN, biarlah api turun dari langit melahap engkau.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menjaga status hamba TUHAN supaya tiada api turun dari langit melahap engkau atau kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 26.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment