Sebaik sahaja Zimri menaiki takhta dan duduk di atas takhtanya, dia membunuh seluruh keluarga Baesa. Tidak ditinggalkannya seorang lelaki pun, baik kerabat mahupun sahabat Baesa.
Pada tahun kedua puluh tujuh zaman pemerintahan Asa, raja Yehuda, Zimri bertakhta selama tujuh hari di Tirza. Pada waktu itu tenteranya sedang berkhemah mengepung Gibeton, wilayah orang Filistin.
1 Raja-Raja 16:11, 15
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bertakhta selama tujuh hari"
Bab 16 kitab 1 Raja-Raja bersambung kisah raja-raja Isreal silih berganti pada zaman raja Asa raja Yehuda.
Yehuda agak stabil berbanding Israel. Mungkin sebab rakyat yang lebih sedikit dan kawasan kecil.
Antara yang menarik perhatian seorang raja yang hanya bertakhta selama tujuh hari, tetapi sempat melaksanakan firman TUHAN melalui nabi Yehu (ay 12) bahawa akan menghapus keluarga Baesa serta sahabatnya (ay.11), kerana berdosa kepada TUHAN serta menyebab orang Israel berdosa (13).
Begitulah bergejolak kerajaan Israel, teringat kita pada tahun 2020-2022 kita ada empat perdana menteri sebab politik tidak stabil.
Semoga kita tidak bertakhta selama tujuh hari dalam pelayanan tetapi sehingga 70 tahun.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak hanya tujuh hari menjadi pelayan-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 19.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment