Allah mengurniai Salomo kebijaksanaan dan pengertian yang luar biasa serta wawasan yang luas seperti hamparan pasir di tepi laut. Kebijaksanaan Salomo melebihi kebijaksanaan seluruh bani Timur dan segala kebijaksanaan orang Mesir.
1 Raja-Raja 4:29-30
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN mengurniai Salomo kebijaksanaan"
Bab 4 kitab 1 Raja-Raja kisah kekuasaan Salomo yang mencakup kawasan yang luas lebih daripada sempadan yang disebut TUHAN kepada Musa (Bil.24:1-12).
Kekayaannya juga melebihi apa yang dilarang oleh Musa kepada raja yang diangkat oleh rakyat (Ula. 17:14-20).
Tetapi semua itu berlaku kerana kurnia TUHAN kepada Salomo.
Hari ini pun kurnia TUHAN masih berlangsung ada yang sudah jutawan di usia 30-an tetapi ada yang tidak dikurniakan harta walaupun sebuah kereta. Ada orang yang sudah memiliki PhD pada usia awal 30-an tetapi ada orang satu sijil pun tidak ada.
Semoga kita seperti Salomo TUHAN mengurniai Salomo kebijaksanaan, kuasa dan kekayaan.
Doa: Tuhan Yesus kurniai kami hidup abadi di surga bersama-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 7.7.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment