Pada waktu Hiram mendengar kata-kata Salomo itu, dia sangat bersukacita. Katanya, “Segala puji bagi TUHAN pada hari ini, kerana Dia telah mengurniai Daud seorang anak yang bijak untuk mengetuai bangsa yang besar ini.”
1 Raja-Raja 5:7
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Telah mengurniai Daud seorang anak yang bijak"
Bab 5 kitab 1 Raja-Raja kisah bermula raja Salomo menyediakan bahan binaan bagi bait TUHAN di Yerusalem dia memohon bantuan raja Hiram raja Tirus (ay.5)mungkin hari ini negara Lubnan.
Raja Hiram sangat bersukacita mendengar kata-kata Salomo itu malah memuji TUHAN kerana telah mengurniai Daud seorang anak yang bijak untuk mengetuai bangsa mereka (ay.7).
Kebijaksanaan sangat berguna menarik negara sekeliling berdamai dan bekerja sama.
Bijaksana tidak semestinya kerana seseorang itu memiliki segulung ijazah, tetapi bijaksana menjalani hidup harmoni.
Semoga kita pun seperti Daud mengurniai Daud seorang anak yang bijak meneruskan kelangsung pusaka keluarga.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami anak yang bijak.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 8.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment