Yoyada menjadi tua dan lanjut usia, lalu meninggal. Umurnya seratus tiga puluh tahun pada waktu kematiannya. Dia dikebumikan di Kota Daud bersama-sama para raja kerana dia telah berbuat baik di Israel terhadap Allah dan Bait-Nya. 2 Tawarikh 24:15-16 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Umurnya seratus tiga puluh tahun" Bab 24 kitab 2 Tawarikh kisah raja Yoas menjadi jahat selepas kematian imam Yoyada. Imam Yoyada diusia tuanya telah membaikipulih Bait TUHAN yang rosak akibat perbuatan jahat para anak Atalya yang telah membongkarnya (ay.7). Imam besar Yoyada meninggal pada usia 130 tahu, umur terpajang selepas zaman Musa, mungkin inilah yang dimaksudkan Alkitab umur panjang kalau menghormati ibu dan bapa (Kel.20:12). Imam Yoyada juga satu-satu yang dimahkamkan di perkuburan para raja Yehuda di Kota Daud (ay.16), sedangkan Yoas yang menjadi jahat itu tidak dimahkamkan di sana (ay.25). Semoga kita seperti imam Yoyada umurnya seratus tiga puluh tahun berbuat baik untuk TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya diberi umur panjang untuk mengabdi kepada-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 11.6.2026.

Comments

Popular Posts