Pada tahun pertama zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, TUHAN menggerakkan hati Kores, raja Parsi itu, untuk memenuhi firman TUHAN yang disampaikan oleh Yeremia. Lantas raja itu menulis perisytiharan dan menyiarkannya di seluruh kerajaannya. Demikianlah bunyinya:
“Beginilah titah Kores, raja Parsi, ‘TUHAN, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda.”
Ezra 1:1-2
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN mengerakkan hati Kores"
Bab 1 kitab Ezra memperkenalkan permulaan idea membina semula Bait TUHAN di Yerusalem, jauh sebelum itu nabi Yeremia sudah menubuatkan akan peristiwa tersebut (ay.1).
TUHAN yang mengerakkan hati Kores raja Persia untuk membina bait itu, bukan hasil usaha para buangan tetapi TUHAN yang bertindak (ay.1).
TUHAN mengawal segala zaman kalau Dia mahu tiada yang dapat menghalang, perkara paling mustahil pun boleh berlaku dengan cara yang aman damai seperti yang berlaku terhadap raja Kores.
Orang buangan tidak perlu angkat senjata memaksa pembinaan Bait TUHAN yang kedua di Yerusalem.
Malah komuniti di sekitar mereka turut memberi sumbangan (ay.6).
Saya yakin doa mereka sudah didengar oleh TUHAN.
Hari ini pembinaa gereja juga disokong oleh pemberian dana dari kerajaan dan sumbangan individu yang hatinya digerakkan oleh TUHAN.
Semoga kita digerakkan hati untuk membina gereja seperti mana TUHAN mengerakkan hati Kores membina Bait TUHAN di Yerusalem.
Doa: Tuhan Yesus tolong gerakkan hati kami membina gedung gereja-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 24.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment