Setelah Amazia menewaskan orang Edom itu, pulanglah dia sambil membawa berhala-berhala bani Seir. Didirikannya berhala-berhala itu sebagai tuhannya, lalu sujudlah dia menyembah dan membakar dupa di hadapan segala berhala itu. Oleh sebab itu menyalalah murka TUHAN terhadap Amazia. Diutus-Nya seorang nabi kepada Amazia, katanya, “Mengapakah tuanku mencari petunjuk tuhan suatu bangsa yang tidak dapat melepaskan bangsanya sendiri daripada tangan tuanku?”
2 Tawarikh 25:14-15
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Membawa berhala-berhala"
Bab 25 kitab 2 Tawarikh kisah seorang lagi raja Yehuda iaitu Amazia, dia naik takhta selepas kemangkatan raja Yoas ayahnya (bab 24).
Permulaan kisah hidup rohani Amazia agak baik, mendengar nasihat hamba TUHAN yang menegur kerjasama dengan orang Efraim untuk berperang dengan orang Edom (ay.6-10).
Kerana TUHAN beserta Amazia dia menang ke atas orang Edom,
tetapi peliknya dia membawa berhala-berhala bani Sier kemudian didirikan berhala-berhala itu sebagi tuhannya, sujud menyembah dan membakar dupa di hadapan berhala itu (ay.14).
Entah apa yang sedang dia fikirkan, perbuatan itu ditegur oleh hamba TUHAN tetapi Amazia tidak lagi mendengar malah mahu membunuh hamba TUHAN (ay.15-16).
Akhirnya mati dibunuh dalam perang melawan raja Israel yang dia cetuskan sendiri walaupun raja Israel menasihati jangan berperang dengannya (ay.19-20).
Begitulah kisah Amazia yang bertindak bodoh.
Semoga kita tidak terpengaruh dan membawa berhala-berhala atau tuhan-tuhan lain menggantikan TUHAN yang kita sembah.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak tertarik terhadap tuhan yang lain.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 12.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment