Lama sekali orang Israel hidup tanpa Allah yang benar, tanpa ajaran para imam, dan tanpa hukum Taurat. Namun demikian, dalam kesesakan mereka berbalik kepada TUHAN, Allah Israel. Mereka mencari hadirat-Nya dan Dia berkenan ditemukan mereka. Pada masa itu, orang tidak aman keluar masuk kerana kekacauan besar melanda semua penduduk di setiap negeri. 2 Tawarikh 15:3-5 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tanpa ajaran para imam" Bab 15 kitab 2 Tawarikh kisah pembaharuan yang dibuat oleh raja Asa, dikatakan oleh nabi Azarya anak Oded bahawa lama sekali orang Israel hidup tanpa TUHAN yang benar, tanpa ajaran para imam dan tanpa hukum Taurat (ay.3). Mungkin yang dimaksudkan bermula pada zaman raja Salomo atau pada zaman hakim-hakim lagi yang menjangkau ratusan tahun. Bayangkan keadaan rohani rakyat pada masa itu. Asa tampil membuat pembaharuan, tetapi tidak berjaya membasmi penyembahan kepada tuhan-tuhan lain sebab masih ada bukit-bukit pemujaan di antara orang Israel tetapi hatinya tulus kepada TUHAN (ay.17). Sebab itu TUHAN memberi keamanan sehingga tahun ke 35 perintahnya (ay.19). Hari ini di gereja para pengkhutbah mengajar umat setiap minggu, malah dalam acara lain biasanya didahului dengan mendengar firman TUHAN seperti kebaktian keluarga, perkahwinan, pertunangan, hari keluarga, harijadi, kematian, orang sakit dan sebagai. Semoga kita hidup bukan hidup tanpa ajaran para imam iaitu para pengkhutbah. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya hidup dengan ajaran-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 2.6.2026.

Comments

Popular Posts