Kemudian raja itu membuang orang yang terselamat daripada pedang ke Babel. Mereka menghamba kepadanya dan kepada anak-anaknya sampai kerajaan Parsi berkuasa. Dengan demikian genaplah firman TUHAN yang disampaikan oleh Yeremia, sampai negeri itu menikmati tahun-tahun Sabatnya. Selama masa ketandusannya, negeri itu menjalani Sabat, sampai genap tujuh puluh tahun.
2 Tawarikh 36:20-21
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menikmati tahun-tahun Sabatnya"
Bab 36 kitab 2 Tawarikh penutup kitab 2 Tawarikh, ditutup dengan beberapa raja Yehuda yang jahat di hadapan TUHAN Yoahas (ay.1-4), Yoyakim (ay.5-8), Yoyakhin (ay.9-10) dan Zedekia (ay.11-14).
Kejatuhan kerajaan Yehuda bukanlah sebab mereka lemah secara ketenteraan tetapi kerana dosa para rajanya, mereka tidak bertaubat walaupun terus menerus ditegur oleh TUHAN (ay.15-16).
Seperti kita hari ini setiap minggu khutbah disampaikan untuk menegur umat tetapi berapa saja yang mahu bertaubat.
Hukuman TUHAN menurut penulis kitab Tawarikh membolehkan negeri itu menikmati tahun-tahun Sabatnya, dibiarkan tandus sampai 70 tahun (ay.21).
Semoga kita bertaubat apabila ditegur dan memberi peluang kepada tanah menikmati tahun-tahun Sabatnya.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat memberi rehat kepada tanah dan tubuh serta fikirkan kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 23.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment