Jadi, jumlah seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang, belum termasuk hamba mereka baik lelaki mahupun perempuan yang berjumlah 7,337 orang. Mereka mempunyai 200 orang penyanyi lelaki dan perempuan. Kuda mereka berjumlah 736 ekor, baghal mereka 245 ekor, unta mereka 435 ekor, dan keldai mereka 6,720 ekor.
Ezra 2:64-67
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang"
Bab 2 kitab Ezra kisah kepulangan bangsa Israel ke Yerusalem dan tanah Yehuda ke kota masing-masing (ay.1).
Bersama-sama mereka Zerubabel keturunan raja Daud, Yesua imam besar dan beberapa orang kenamaan (ay.2).
Jumlah yang pulang pada masa itu ialah 42,360 orang (ay.64), hampir sama dengan jumlah penduduk Matunggong yang lebih kurang 37,987.
Jumlah inilah yang telah membina bait TUHAN yang kedua dan membentuk bangsa Yahudi sehingga zaman Tuhan Yesus dalam tempoh 538 tahun.
Bangsa kita baru sahaja menjadi Kristian selama 74 tahun sejarah terus berjalan, apakah yang akan berlaku 500 tahun akan datang? Adakah kita akan menjadi semua negara bangsa sendiri atau hilang jejak di bumi.
Semoga kita separti seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang telah membentuk bangsa yang kuat sehingga kedatangan Tuhan Yesus.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya kekal beriman kepada-Mu untuk 500 tahun lagi.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 25.6.2026
Kursus di Mini Putraja Kota Kinabalu.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment