“Sesungguhnya, mata TUHAN menjelajah seluruh bumi untuk memberikan kekuatan kepada orang yang tulus hati terhadap-Nya. Dalam hal ini engkau telah bertindak bodoh, kerana itu mulai sekarang engkau akan mengalami peperangan.” Asa menjadi murka kepada pelihat itu. Dimasukkannya Hanani ke dalam penjara, kerana dia geram terhadapnya atas hal itu. Pada waktu itu Asa juga menindas beberapa orang daripada rakyatnya.
2 Tawarikh 16:9-10
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Murka kepada pelihat"
Bab 16 kitab 2 Tawarikh kisah raja Asa meminta bantuan kepada Benhadad raja Aram untuk melawan Baesa raja Israel, sebagai ganjaran Asa memberi emas dan perak kepada Benhadad (ay.2-3).
Tindakan Asa itu ditegur oleh nabi Hanani, sebab tidak bersandar kepada TUHAN tetapi kepada raja Aram, sebab itu Asa akan mengalami peperangan (ay.9).
Asa tidak mendengar nasihat Hanani malah murka kepada pelihat itu, dimaksud ke dalam penjara dan dia mula menindas beberapa orang daripada rakyatnya sendiri (ay.10).
Begitulah Asa tidak setia kepada TUHAN seumur hidup, sedangkan pada awal pemeritahan dikatakan dia tulus hati kepada TUHAN seumur hidupnya (2 Taw.15:17).
Bukan mudah menegur pemimpin apa lagi raja, biasanya tidak didengar kalau sangat kontras dengan tindakannya.
Semoga kita tidak seperti raja Asa tidak mendengar teguran pelihat malah menjadi murka kepada pelihat itu dan dimasukkan dalam penjara.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mendengar teguran.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 3.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment