“Pergilah, carilah petunjuk TUHAN bagiku dan bagi saki-baki orang di Israel serta Yehuda tentang perkataan kitab yang ditemukan ini. Besarlah murka TUHAN yang dicurahkan kepada kita, kerana kalangan bapa kita tidak berpegang teguh pada firman TUHAN dengan melakukan semua yang tertulis dalam kitab ini.”
Lalu pergilah Hilkia dengan orang suruhan raja itu kepada Nabiah Hulda, isteri Salum anak Tokhat anak Hasra, pengurus pakaian-pakaian ibadat. Nabiah itu tinggal di Yerusalem, di perkampungan baru. Mereka pun berbicara kepadanya seperti yang diperintahkan.
2 Tawarikh 34:21-22
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Nabiah Hulda"
Bab 34 kitab 2 Tawarikh kisah seorang lagi raja Yehuda yang bernama Yosia dia berbuat benar kepada TUHAN, menaiki takhta pada usia 8 tahun, dia mula mencari TUHAN ketika diusia remaja (ay.1-3).
Yosia menyucikan Bait TUHAN dan Yehuda (ay.4-5) malah kota-kota Manasye, Efraim, Simeon sampai Naftali (ay.6).
Umur remaja bukanlah alasan tidak mampu mencari TUHAN, ingat lagi berapa umur anda mula mencari TUHAN secara peribadi?
Kitab Taurat juga ditemui di Bait TUHAN (ay.15) bayangkan kitab boleh hilang, bagaimanalah mereka beribadah, tidak pernah dibaca mungkin sebab para imam menghafal kitabTaurat.
Yosia merendahkan diri selepas mendengar kitab Taurat (ay.19), lantas meminta petunjuk TUHAN (ay.21). Imam Hilkia menyuruh utusan kepada nabiah Hulda yang tinggal di Yerusalem (ay.22).
Kenapa kepada nabiah Hulda bukan kepada nabi Yeremia, Zefanya dan Nahum yang hidup sezamannya. Itulah istemewa nabiah Hulda.
Hari ini pun sekian ramai wanita yang dipakai TUHAN mereka juga tidak kurang daripada lelaki.
Semoga semakin ramai seperti nabiah Hulda dipakai TUHAN dalam gereja.
Doa: Tuhan Yesus tolong para wanita kami supaya ada yang seperti Hulda.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 21.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment