Yosafat tinggal di Yerusalem. Kemudian dia berangkat lagi mengunjungi rakyat, dari Bersyeba sampai ke pergunungan Efraim, dan menyuruh mereka berbalik kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Dilantiknya para hakim di negeri itu, iaitu di setiap kota berkubu di Yehuda.
2 Tawarikh 19:4-5
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dilantiknya para hakim"
Bab 19 kitab 2 Tawarikh bersambung kisah raja Yosafat yang pulang dari berperang bersama raja Ahab di Remot-Gilead, dia ditegur oleh Yehu anak Hanani sipelihat kerana bersekutu dengan raja Ahab (ay.1-2).
Yosafat cepat sedar kemudian dia menggukuhkan iman rakyat dengan mengunjungi mereka dari Bersyeba sehingga ke pergunungan Efraim menyuruh berbalik kepada TUHAN nenek moyang mereka (ay.4).
Dia juga melantik para hakim disetiap kota berkubu di Yehuda dengan pesan mereka takut kepada TUHAN ketika menjalankan tugas (ay.5-7).
Melalui cara ini rakyat dapat diberi pembelaan dengan lebih mudah berbanding semua kes dibawa ke Yerusalem.
Hari ini pun kerajaan menggunakan pendekatan yang sama di setiap daerah ada pejabat kerajaan, begitu juga dengan gereja setiap jemaah ada jawatan kuasa untuk mengurus kerohanian anggota jemaah.
Semoga kita seperti Yosafat dilantiknya para hakim di setiap Kota berkubu di Yehuda.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menjaga iman anggota jemaah melalui pelayanan para hamba TUHAN.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 6.6.2026.
Sejahtera
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment