Ketika Atalya, ibu Ahazia, melihat bahawa anaknya sudah mati, maka dibunuhnya segera semua keturunan raja daripada keturunan kaum Yehuda. Tetapi Yosabat, anak perempuan Raja Yoram, mengambil Yoas anak Ahazia dan membawanya pergi dengan diam-diam daripada kalangan anak raja yang hendak dibunuh itu. Yosabat iaitu isteri Imam Yoyada dan saudara Ahazia, memasukkan Yoas bersama inang penyusunya ke dalam bilik tidur. Demikianlah Yosabat menyembunyikan Yoas daripada Atalya sehingga tidak dibunuh oleh Atalya.
2 Tawarikh 22:10-11
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Yosabat"
Bab 22 kitab 2 Tawarikh kisah raja Ahazia yang menggantikan raja Yoram yang jahat itu, dia juga raja yang jahat hanya setahun menjadi raja dia dibunuh oleh Yehu atas perintah TUHAN (ay.7-9). Nyaris mayatnya tidak dikebumikan syukur rakyat masih ingat datuknya ialah Yosafat raja yang baik (ay.9).
Kebaikan leluhur kita masih diingat orang dan memberi kelebihan kepada kita yang begitu juga sebaliknya, maka jagalah kelakuan ketika masih hidup.
Ibu Ahazia yang bernama Atalya naik gila dia membunuh semua anak-anak raja, kemudian mengangkat dirinya sebagi raja di Yehuda selama 6 tahun (ay.11).
Mujur seorang wanita berani mungkin kakak atau adik Ahazia menyembunyikan Yoas anak kepada Ahazia daripada dibunuh oleh Atalya (ay.10-11).
Kalau bukan keberaniaan Yosabat terputuslah jalur keturunan raja Daud.
Hari ini mungkin kita satu-satu yang meneruskan jalur iman kepada Kristus sedangkam ahli keluarga yang lain tidak lagi beriman kepada Kristus.
Semoga kita seperti Yosabat berani menjaga jalur keturunan raja Daud.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya seperti Yosafat berani mempertahankan iman.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 9.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment