Oleh yang demikian, wahai Tatnai, pembesar daerah seberang Sungai Efrat, serta Syetar-Boznai dan para rakanmu, iaitu para penghulu yang tinggal di daerah seberang Sungai Efrat, jauhkan diri dari sana. Biarkanlah pembinaan Rumah Allah itu dikerjakan. Biarkanlah pembesar orang Yahudi dan tua-tua orang Yahudi membina semula Rumah Allah itu di tempat asalnya. Ezra 6:6-7 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Biarkanlah pembinaan Bait TUHAN itu dikerjakan" Bab 6 kitab Ezra kisah raja Darius menemukan surat keizinan raja Kores untuk membina semula Bait TUHAN di Yerusalem dengan biaya kerajaan (ay.1-5). Raja Darius juga menyokong surat keizinan itu malah memerintah kepada Tatnai pembesar daerah seberang sungai Efrat serta rakan-rakannya supaya turut membantu (ay.8) dan siapa sahaja yang menghalang pembinaan akan dihukum mati termasuk rumahnya dimusnahkan (ay.11). Begitulah para raja Parsi membantu membina semula Bait TUHAN, boleh dikatakan merekalah yang membina bait itu berbanding hari ini para pemimpin Parsi mahu menghancurkan negara Israel jauh sekali mahu membina Bait TUHAN yang ketiga. Atau adakah ini hukuman TUHAN kepada bangsa Israel moden tidak dapat membina Bait TUHAN semula. Semoga kita biarkanlah pembinaan Bait TUHAN itu dikerjakan, agar kita tidak dihukum oleh raja Darius. Doa: Tuhan Yesus tolong supaya tidak menghalang pembinaan gedung gereja. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 29.6.2026.

Comments

Popular Posts