Tetapi Zerubabel, Yesua, dan para ketua kaum keluarga Israel yang lain berkata kepada mereka, “Kamu tidak ada kena-mengena dengan kami dalam urusan pembinaan bait bagi Allah kami. Kami sendirilah yang akan membinanya bagi TUHAN, Allah Israel, sebagaimana yang diperintahkan kepada kami oleh Kores, raja Parsi itu.” Ezra 4:3 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini belajar tema "Kamu tiada kena mengena" Bab 4 kitab Ezra kisah pembinaan Bait TUHAN terhenti sebab konflik dengan masyarakat sekeliling, mereka mahu turut serta tetapi ditolak oleh pemimpin para buangan sebab berfikir tugas membina Bait TUHAN untuk mereka semata-mata (ay.3). Sejak itu masyarakat sekitar mula membuat kacau sehingga menghantar surat aduan kepada Artahsasta raja Parsi (ay.11-16). Raja membalas pula untuk menyiasat dan pada masa yang sama menghentikan pembina Bait TUHAN itu (ay.24). Begitu perjalanan pembinaan Bait TUHAN mula berliku-liku malah konflik masih berlaku sehingga zaman Tuhan Yesus, masyarakat sekitar membentuk orang Samaria manakala para buangan membentuk masyarakat Yahudi. Semoga kita bijaksana ketika membuat pembinaan gedung gereja supaya tidak bersikap kami sendirilah yang akan membinanya menolak kerjasama. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berfikir gereja milik satu bangsa. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 27.6.2026.

Comments

Popular Posts