Uzia membina beberapa buah menara di Yerusalem, iaitu di atas Pintu Gerbang Sudut, di atas Pintu Gerbang Lembah, dan di atas Sudut, serta mengukuhkannya. Dia juga membina beberapa buah menara di gurun dan menggali banyak perigi, kerana dia mempunyai banyak ternakan, baik di Dataran Rendah mahupun di Dataran Tinggi. Dia mengerahkan para petani dan para penjaga kebun anggur di gunung-gunung serta di ladang yang subur, kerana dia menyukai bidang pertanian.
2 Tawarikh 26:9-10
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menyukai bidang pertanian"
Bab 26 kitab 2 Tawarikh kisah seorang lagi raja Yehuda yang bernama Uzia, dia naik takhta selepas ayahnya raja Amazia yang jatuh dalam dosa menyembah para berhala orang Edom dan kesombongan (2 Taw.25:14).
Raja Uzia juga jatuh dalam kesombongan dengan mahu membakar dupa di Rumah TUHAN sedangkan hanya para imam yang dibenarkan berbuat demikan, maka TUHAN menghukum dia dengan kusta serta-merta (ay.19-20)
Uzia diasingkan dan mati dalam keadaan hina kerana penyakit kusta, dimahkamkan di sisi para raja Yehuda tetapi di kebun bukan di dalam permahkaman (ay.23).
Saya tertarik minat Uzia menyukai bidang pertanian, satu-satunya raja yang disebut secara khusus menyukai bidang tersebut (ay.10)
Mahu tahu juga cara pertanian pada zaman itu tanpa baja kimia sepenuhnya organik. Sekarang ramai pertani yang berusaha menjadi pertani organik, sebab kesedaran tentang bahaya penggunaan kimia dalam tubuh manusia dan alam.
Semoga kita pun seperti raja Uzia menyukai bidang pertanian demi manafaat keluarga dan masyarakat tetapi pilihlah cara organik bukan kimia.
Doa: Tuhan Yesus ajar kami supaya minat bidang pertanian yang organik.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 13.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment