Sesudah semua itu, ketika Bait Allah telah diperlengkap oleh Yosia, majulah Nekho, raja Mesir, untuk berperang di Karkemis, di tepi Sungai Efrat. Yosia pun keluar menghadapinya. Tetapi Nekho mengirim utusan kepadanya dengan pesan, “Apakah urusanmu dengan aku, wahai raja Yehuda? Pada hari ini aku tidak bermaksud menyerang engkau, melainkan menyerang keluarga orang yang sedang kuperangi. Allah menyuruh aku bertindak cepat. Berhentilah menentang Allah yang menyertaiku, supaya jangan engkau dibinasakan-Nya.” 2 Tawarikh 35:20-21 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Apakah urusanmu dengan aku" Bab 35 kitab 2 Tawarikh bersambung kisah raja Yosia, dia juga merayakan Paskah yang dirayakan oleh orang Israel malah tidak pernah dirayakan seumpama itu sejak zaman nabi Samuel (ay.17-18). Walau bagaimanapun Yosia melakukan kesilapan besar kerana berperang dengan Nekho raja Mesir yang dalam perjalanan berperang dengan raja Babel di Karkemis tepi Sungai Efrat, Nekho sudah memberi amaran supaya jangan campur tangan "Apakah urusanmu dengan aku, wahai raja Yehuda? (ay.21). Yosia tidak mendengar nasihat itu, akhirnya dia menyerang dan terbunuh (ay.23-24). Hari ini ada banyak perkara yang sebenarnya bukan urusan kita tetapi kita yang cari masalah. Semoga kita tidak seperti raja Yosia "Apakah urusanmu dengan aku,.? dengan raja Mesir sehingga mahu berperang. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak campur tangan dengan urusan orang lain. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 22.6.2026.

Comments

Popular Posts