Aku menghimpunkan mereka di tepi sungai yang mengalir ke Ahawa, dan kami berkhemah di sana selama tiga hari. Ketika aku memeriksa para imam serta umat itu kudapati tiada seorang pun bani Lewi dalam kalangan umat itu. Ezra 8:15 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tiada seorang pun bani Lewi" Bab 8 kitab Ezra perincian rombongan para buangan yang pulang ke Yerusalem bersama Ezra selepas 58 tahun daripada kepulangan rombongan pertama yang diketuai oleh Zerubabel dan imam Yesua seramai 42,360 orang (Ezra 2:64). Rombongan bersama Ezra jauh lebih kecil hanya 1,749 orang lelaki atau lebih kurang 4-5 ribu orang termasuk kanak-kanak dan perempuan. Ketika persiapan terakhir Ezra mendapati tiada bani Lewi, nampaknya Ezra tidak mahu memulakan perjalanan tanpa bani Lewi, maka dicarilah bani Lewi dan ada juga yang mahu ikut serta, seramai 38 orang (ay.18-19) dan 220 pelayan Bait Suci (ay.20). Hari ini adakah kita memulakan satu aktiviti tanpa bani Lewi iaitu para pelayan gereja? Ezra tidak memulakan perjalanan tanpa bani Lewi sebab tahu kepentingan pelayanan mereka di Bait TUHAN di Yerusalem. Semoga kita seperti Ezra tidak memulakan perjalanan kalau tiada seorang pun bani Lewi bersama-sama. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mengutamakan peranan para pelayan gereja dalam setiap acara yang kami lakukan. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 1.7.2026.

Comments

Popular Posts