Beberapa orang Lewi, iaitu Semaya, Netanya, Zebaja, Asael, Semiramot, Yonatan, Adonia, Tobia, dan Tob-Adonia turut menyertai mereka, demikian pula para imam, iaitu Elisama dan Yoram. Mereka mengajar di Tanah Yehuda dengan membawa Kitab Taurat TUHAN. Mereka mengelilingi semua kota di Yehuda sambil mengajar dalam kalangan rakyat. 2 Tawarikh 17:8-9 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengelilingi semua kota" Bab 17 kitab 2 Tawarikh kisah Yosafat menjadi raja Yehuda menggantikan Asa (ay.1). Yosafat hidup mengikuti jejak Daud leluhurnya sebab itu TUHAN menyertainya (ay.3). Dia menguatkan kedudukannya melawan kerajaan Israel (ay.1), kerajaan Israel bukan jiran yang baik, walaupun mereka sebangsa tetapi berlainan kerajaan saling berperang. Yosafat bukan saja mengukuhkan kota dengan ketenteraan (ay.2) tetapi dia juga menguatkan iman rakyat dengan menghantar para imam dan Lewi mengajar di kota-kota Yehuda (ay.7-9). Buat pertama kali ada usah mengajar rakyat di luar Yerusalem tidak menunggu mereka datang tetapi para pengajar pergi kepada rakyat. Konsep yang sama yang dilakukan oleh gereja mengajar di rumah jemaah semasa kebaktian keluarga. Semoga kita seperti para imam dan Lewi mengelilingi semua kota di Yehuda mengajar Kitab Taurat. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengajar jemaah sebaik yang mungkin. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 4.6.2026.

Comments

Popular Posts