Ezra berangkat pulang dari Babel. Dia seorang ahli Kitab Suci, mahir dalam Kitab Suci Taurat yang diberikan TUHAN, Allah Israel, melalui Musa. Segala permintaannya diluluskan oleh raja kerana tangan TUHAN, Allahnya, menaunginya.
Ezra 7:6
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Ezra berangkat pulang"
Bab 7 kitab Ezra kisah seorang lagi tokoh yang pulang dari pembuangan iaitu Ezra yang diyakini penulis kitab Tawarikh dan kitab Ezra sendiri.
Lebih kurang 58 tahun selepas Bait TUHAN kedua selesai dibina oleh Zerubabel, Yesua dan para buangan yang pulang atas izin para raja Parsia dan dengan biaya kerajaan Parsia.
Ezra memperkenalkan dirinya sebagi ahli Kitab Suci Taurat dan tangan TUHAN menaunginya (ay.6).
Ezra tidak malu mengaku ahli Kitab Suci Taurat, mungkin golongan para Ahli Taurat pada zaman Tuhan Yesus merupakan anak murid Ezra.
Hari ini semakin ramai pelayan gereja memiliki kelulusan teologi dari seminar itu memang baik dan aset gereja yang sangat bernilai. Seperti mana Ezra yang pulang dari Babel itu.
Semoga kita mencontohi Ezra berangkat pulang dari Babel ke Yerusalem demi misi mengajar Taurat kepada rakyat yang pulang dari pembuangan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya lebih ramai yang pulang mengajar jemaah masing-masing selepas sekian lama melayani di tempat lain.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 30.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment