Selang beberapa waktu pada akhir dua tahun, terburailah ususnya kerana penyakit itu, lalu dia meninggal dalam penderitaan yang payah. Rakyatnya tidak menyalakan api baginya, seperti yang dilakukan terhadap nenek moyangnya.
Dia berumur tiga puluh dua tahun pada waktu menaiki takhta. Selama lapan tahun dia bertakhta di Yerusalem. Dia meninggal tanpa disukai orang dan dimakamkan di Kota Daud, tetapi bukan di permakaman diraja.
2 Tawarikh 21:19-20
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Meninggal tanpa disukai orang"
Bab 21 kitab 2 Tawarikh kisah raja Yoram menjadi raja Yehuda menggantikan raja Yosafat ayahnya (ay.1).
Dia merupakan raja yang jahat sebab mengikuti jejak raja-raja Israel seperti yang dilakukan oleh keluarga raja Ahab sebab isterinya anak Ahab (ay.6).
Yoram membunuh semua adik beradiknya dan beberapa pembesar (ay.4), dalam tempoh 8 tahun pemerintahan Yoram berjaya mengkafir penduduk Yerusalem dan membuat orang Yehuda sesat (ay.11).
Begitulah hebat pengaruh kejahatan keluarga Ahab melalui perkahwinan dengan Yoram.
Akhirnya Yoram dihukum TUHAN dengan perut terburai oleh penyakit dan meninggal (ay.19).
Dia meninggal tanpa disukai oleh rakyat (ay.20).
Seingat saya tidak ada lagi yang meninggal tanpa diratapi apa lagi seorang pemimpin di dunia kita hari ini.
Bayangkan kejahatan Yoram pada masa itu.
Semoga kita bertaubat jangan sampai seperti raja Yoram dia meninggal tanpa disukai orang.
Doa: Tuhan kesihani kami supaya disukai orang.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 8.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment