Yotam menjadi kuat kerana dia mengarahkan hidupnya kepada TUHAN, Allahnya. Riwayat Yotam yang selebihnya, semua peperangannya dan perilakunya, sesungguhnya semua itu tertulis dalam kitab raja-raja Israel dan Yehuda.
2 Tawarikh 27:6-7
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menjadi kuat"
Bab 27 kitab 2 Tawarikh kisah seorang lagi raja Yehuda yang bernama Yotam, memerintah selama 16 tahun, menaiki takhta ketika berusia 25 tahun (ay.1).
Yotam juga seperti ayahnya berbuat baik di mata TUHAN, tetapi tidak memasuki bait TUHAN membakar dupa (ay.2).
Tidak ada konflik dalam pemerintahnya, berperang dengan bani Amon dan menang (ay.5), melakukan pembangunan Pintu Gerbang Atas Bait TUHAN, tembok Ofel, kota-kota di pergunungan Yehuda dan beberapa kubu dan manara di kawasan hutan (ay.3-4).
Berjaya dilakukan kerana mengarahkan hidupnya kepada TUHAN (ay.6).
Bukan lama atau sekejap zaman seseorang menjadi raja menentukan kekuatan dan kejayaan tetapi kerana TUHAN yang bersamanya.
Semoga kita pun seperti raja Yotam menjadi kuat kerana dia mengarahkan hidupnya kepada TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya menjadi kuat.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 14.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment