Pada waktu itu, Hizkia jatuh sakit dan hampir mati. Lalu dia berdoa kepada TUHAN, lalu Allah berfirman kepadanya dan memberinya suatu tanda ajaib. Akan tetapi, Hizkia tidak membalas kebaikan yang ditunjukkan kepadanya, kerana hatinya menjadi sombong. Itulah sebabnya murka menimpanya dan turut menimpa Yehuda serta Yerusalem. Kemudian Hizkia merendahkan diri daripada kesombongan hatinya, begitu pula penduduk Yerusalem, sehingga murka TUHAN tidak menimpa mereka pada zaman Hizkia. 2 Tawarikh 32:24-26 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menjadi sombong" Bab 32 kitab 2 Tawarikh bersambung kisah raja Hizkia, masa kegemilang pemerintahannya Sanherib raja Asyur datang ke Yerusalem untuk menyerang kota itu, Hizkia menguatkan tembok yang rosak, menyusun semula askar dan dia yakin TUHAN bersama mereka (ay.8). TUHAN menolong Hizkia, Dia membunuh semua askar Sanherib tanpa perlu perang, pulanglah dia dengan tangan kosong, kemudian dibunuh pula oleh dua orang anak kandungnya (ay.21). Walaupun bagaimana pun Hizkia menjadi sombong sebab kejayaan dan kesejahteraan yang dimiliki (ay.25). Tetapi dia sempat bertaubat merendahkan diri sehingga hukuman TUHAN tidak berlaku pada zaman Hizkia (ay.26). Kesombongan satu penyakit jiwa dan rohani seseorang ketika di kemuncak kejayaan. Semoga kita berhati-hati tidak menjadi sombong dalam semua keadaan yang kita alami baik kejatuhan, kejayaan, kesejahteraan, kekayaan dan sebagainya ingat TUHAN masih ada untuk menghukum kita kalau menjadi sombong. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak menjadi sombong. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 19.6.2026.

Comments

Popular Posts