Mazbah itu didirikan mereka di tempatnya semula sungguhpun mereka berasa takut kepada bangsa-bangsa negeri itu. Lalu di atas mazbah itu mereka mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN, iaitu korban bakaran untuk pagi dan juga petang. Ezra 3:3 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mazbah itu didirikan" Bab 3 kitab Ezra bersambung kisah para buangan yang tiba di Yerusalem, mereka mendirikan mazbah yang dahulu musnah di tempat asalnya, kemudian mereka mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN pagi dan petang (ay.3). Selepas 70 tahun mazbah itu terbiar runtuh akhir didirikan semula. Kuasa TUHAN tiada yang mustahil, rohani yang sudah 70 tahun kering boleh dihidupkan semula. Kita boleh bertanya berapa lama saya tidak pernah beribadah kepada TUHAN di gereja, ada 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun? Tidak perlu rasa malu bangsa pilihan TUHAN pun 70 tahun tidak pernah beribadah. Semoga kita seperti para buangan selepas 70 tahun mazbah itu didirikan mereka di tempatnya semula. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak malu datang beribadah kepada TUHAN walaupun sudah puluhan tahun tidak beribadah. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 26.6.2026.

Comments

Popular Posts