Kemudian tampillah suatu roh, lalu berdiri di hadapan TUHAN. Katanya, ‘Aku akan memujuk dia.’ Firman TUHAN kepadanya, ‘Dengan apa?’ Jawabnya, ‘Aku akan keluar dan menjadi roh dusta di dalam mulut semua nabinya.’ Firman-Nya, ‘Engkau akan memujuk dia dan berjaya. Pergilah dan berbuatlah demikian!’
2 Tawarikh 18:20-21
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Roh dusta"
Bab 18 kitab 2 Tawarikh kisah Yosafat raja Yehuda dan Ahab raja Israel pergi berperang melawan orang Aram di Remot-Gilead (ay.3), nampaknya dua kerajaan mempunyai hubungan baik berbanding sebelum ini disebabkan perkahwinan kerabat di raja (ay.1).
Apa yang menarik dalam peperangan itu Ahab telah ditentukan oleh TUHAN untuk mati di sana (ay.19) tetapi dengan cara yang macam mana iaitu melalui suatu roh yang tampil di hadapan TUHAN (ay.20) dia akan keluar dari mulut para nabi Ahab sebagi roh dusta (ay.21).
Akhirnya Ahab terpujuk oleh roh dusta dan meninggal dalam pertempuran dengan pasukan Aram di Remot-Gilead (ay.34).
Roh dusta boleh wujud di mana-mana dan dalam bentuk yang berbeza-beza dustanya, boleh datang dari siapa saja sebab dia roh. Memang sukar dibezakan mana satu roh dusta mana satu Roh Kudus tetapi roh dusta bersifat pengagungan atau pujian kepada manusia tetapi Roh Kudus kepada Kristus.
Semoga kita tahu sedang dipengaruhi oleh roh dusta atau Roh Kudus.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak sekali-kali terjebak dengan roh dusta.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 5.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment