Pada masa kesesakan, Raja Ahas malah semakin mungkar terhadap TUHAN. Dia mempersembahkan korban kepada berhala-berhala orang Damsyik yang telah mengalahkannya. Fikirnya, “Kerana tuhan para raja Aram membantu mereka, aku hendak mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan itu supaya mereka membantu aku.” Tetapi itulah yang menyebabkan keruntuhannya dan juga keruntuhan semua orang Israel. 2 Tawarikh 28:22-23 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Semakin mungkar" Bab 28 kitab 2 Tawarikh kisah seorang lagi raja Yehuda yang bernama Raja Ahas, memerintah selama 16 tahun dia tidak melakukan apa yang benar di hadapan TUHAN (ay.1), dia mengikuti jejak para raja Israel yang menyembah tuhan-tuhan yang lain (ay.2). Baik dan jahat seorang raja menurut pandangan Alkitab diukur siapa yang dia sembah. Menyembah tuhan-tuhan yang lain bermaksud jahatlah raja itu, walaupun memang ada perkara baik yang dilakukan. Ahas dihukum TUHAN dengan cara ketenteraan. Kerajaan di sekeliling menyerang dia seperti Aram (ay.5), raja Israel sendiri (ay. 5-8), orang Edom (ay.17), orang Filistin (ay.18) dan raja Asyur Tilgat-Pilneser (ay.20). Tetapi yang peliknya Ahas tidak mahu bertaubat malah semakin mungkar terhadap TUHAN (ay.22). Sehingga hari kematiannya tidak pernah bertaubat, sebab itu dia tidak dikuburkan di perkuburan para raja Yehuda (ay.27). Semoga dalam kesesakan kita bukan semakin mungkar terhadap TUHAN tetapi bertaubat. Do: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak semakin mungkar malah semakin baik di hadapan-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 15.6.2026.

Comments

Popular Posts