Hizkia menyampaikan pujian kepada semua bani Lewi yang memperlihatkan kecekapan yang baik dalam pengendalian ibadat kepada TUHAN.
Demikianlah orang makan makanan hari raya tujuh hari lamanya, mempersembahkan korban kedamaian, dan mengucap syukur kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Kemudian seluruh jemaah berunding untuk mengadakan perayaan tujuh hari lagi. Jadi, mereka pun mengadakan perayaan tujuh hari lagi dengan suka ria.
2 Tawarikh 30:22-23
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Merayakan perayaan tujuh hari lagi"
Bab 30 kitab 2 Tawarikh kisah raja Hizkia mengajak semua orang Israel merayakan Paskah dan Oerayaan Roti Tidak Beragi (ay.1,13).
Hizkia menghantar utusan kota ke kota ada yang mentertawakan tetapi ada juga yang menerima ajakan beribadah di Yerusalem (ay.10-12).
Teringat saya awal tahun 2000 saya melayani ajakan menghadiri kebaktian di salah satu kampung yang saya layani ramai yang sangat negetif untuk hadir kebaktian.
Seperti ajakan Hizkia untuk beribadah ada yang mentertawakan tetapi ada juga yang menerima.
Tiba waktu perayaan Paskah dan Roti Tidak Beragi di Yerusalem, dikatakan sangat ramai jemaah yang hadir, tidak pernah perayaan seumpama itu sejak zaman raja Salomo (ay.26).
Perayaan pun berlangsung, berakhir selepas tujuh hari, tetapi rakyat berbincang mahu menambah tujuh hari lagi (ay.23).
Mereka tidak bosan malah mahu tambah hari ibadah di Yerusalem, mungkin ada yang pertama kali beribadah di Yerusalem.
Mereka tidak merugut bilalah ibadah ini selesai, tidak seperti ibadah umum kita, kalau khutbah panjang jemaah mula gelisah.
Semoga kita seperti jemaah yang beribadah di Yerusalem itu tidak tergesa-gesa pulang tetapi menambah untuk mengadakan perayaan tujuh hari lagi.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak bosan hadir kebaktian.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 17.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment