Persembahan-persembahan suci terdiri daripada 600 ekor lembu dan 3,000 ekor domba. Akan tetapi, jumlah imam terlalu sedikit, sehingga mereka tidak dapat menyiat kulit semua korban bakaran itu. Oleh sebab itu para saudara mereka, bani Lewi, membantu mereka sampai pekerjaan itu selesai dan sampai para imam menyucikan diri. Para bani Lewi memang lebih bersungguh-sungguh menyucikan diri daripada para imam. 2 Tawarikh 29:33-34 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "lebih bersungguh-sungguh menyucikan diri" Bab 29 kitab 2 Tawarikh kisah seorang lagi raja Yehuda yang bernama raja Hizkia menaiki takhta ketika berumur 25 tahun (ay.1) Hizkia raja benar di hadapan TUHAN kerana menyembah TUHAN (ay 2). Kerja pertama yang dia lakukan selepas naik takhta ialah menyucikan Bait TUHAN, kita tahu raja sebelumnya telah mencemarkan dengan berhala-hala. Selama 16 hari para Lewi membuat penyucian dikatakan mereka lebih bersungguh-sungguh menyucikan diri daripada para imam (ay.34). Seperti peristiwa di gunung Sinai hanya suku Lewi yang berpihak kepada TUHAN mereka tidak menyembah patung lembu emas (Kel.32:26). Peristiwa penyucian Bait TUHAN pun mereka lebih bersemangat. Gereja kita hari ini masih ada kebaktian setiap minggu sebab ada yang bersemangat mengendali kebaktian para pendeta, tumpuk, penginjil, pemuzik, pemimpin kebaktian dan anggota jemaah. Seperti suku Lewi lebih bersungguh-sungguh daripada yang lain. Semoga kita seperti suku Lewi lebih bersungguh-sungguh menyucikan diri supaya dapat menyelenggara kebaktian. Doa: Tuhan yang Yesus tolong kami supaya tetap bersemangat melayani. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 16.6.2026.

Comments

Popular Posts