Dalam kesesakannya dia memohon belas kasihan TUHAN, Allahnya. Dia sangat merendahkan diri di hadapan Allah nenek moyangnya dan berdoa kepada-Nya. Lalu Allah mengabulkan doanya dan mendengar permohonannya. Allah membawanya kembali ke Yerusalem, kepada kerajaannya. Maka tahulah Manasye bahawa TUHAN sememangnya Allah. 2 Tawarikh 33:12-13 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN sememangnya Tuhan" Bab 33 kitab 2 Tawarikh kisah seorang lagi raja Yehuda yang bernama Manasye memerintah paling lama di Yehuda 55 tahun (ay.1). Kisah pemerintahannya diawali dengan kejahatan yang sangat jahat dalam Perjanjian Lama, walaupun dari kaca mata kitab Tawarikh yang lebih melihat sisi baik raja-raja Yehuda. Dikatakan Manasye membina pelbagi mazbah di Bait TUHAN (ay.4), maksudnya dia telah menggantikan TUHAN secara tidak langsung atau dalam masa yang sama mungkin dia masih menyembah TUHAN di tempat yang sama, kalau begitu betapa jijik perbuatan Manasye. Seperti berzina di hadapan isteri atau suami di rumah sendiri. Tetapi selepas dia dihukum oleh TUHAN melalui penawanan oleh raja Asyur ke Babel dia bertaubat (ay.11-13). Ini pun cerita Manasye yang epik dalam Perjanjian Lama pertaubatannya. Hari ini kita tidak sejahat Manasye walaupun begitu tidak cukup baik sehingga tidak perlu bertaubat, Manasye sudah bertaubat dia mengaku TUHAN sememangnya Tuhan satu-satu tiada tolok banding dengan tuhan-tuhan lain. Semoga kita pun bertaubat dan mengaku TUHAN sememangnya Tuhan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengaku TUHAN sememangnya Tuhan. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 20.6.2026.

Comments

Popular Posts