“Kamu tidak usah berperang dalam pertempuran ini. Berdirilah tegak di tempatmu dan lihatlah kemenangan daripada TUHAN yang menyertai kamu, wahai orang Yehuda dan Yerusalem. Jangan takut dan jangan kecut hati! Majulah esok dan hadapi mereka, TUHAN akan menyertai kamu.’ ”
Bani Amon dan Moab bangkit melawan penduduk Pergunungan Seir lalu menumpas dan membinasakan mereka. Setelah memusnahkan penduduk Seir, mereka saling membinasakan sesama sendiri.
2 Tawarikh 20:17, 23
Konsapatan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tema "Mereka saling membinasakan"
Bab 20 kitab 2 Tawarikh bersambung rewayat raja Yosafat, kali ini kisah dia diserang oleh raja bani Moab, bani Amon dan orang Meunim (ay.1).
Yosafat merasa takut lalu mencari TUHAN (ay.3).
Ada baiknya seorang raja ada perasaan takut sebab dia akan mencari TUHAN, berbanding tidak takut dan berperang dengan kekuatan sendiri seperti raja Ahab sudah terluka tetapi tidak keluar dari peperangan (2 Taw.18:34).
TUHAN menolong Yosafat dengan membuat musuh saling membinasakan sesama sendiri sehingga mereka semua tumpas (ay.23).
Begitulah TUHAN menolong Yosafat tanpa perlu askarnya berperang.
Hari ini peperangan masih berlaku baik secara fizikal atau pun roh, ketakutan menyebabkan kita mencari TUHAN atau mencari tuhan lain?
Semoga kita seperti raja Yosafat ketika ketakutan datang dia mencari TUHAN sehingga musuh saling membinasakan sesama sendiri.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mereka yang memusuhi kami saling membinasakan sesama sendiri.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia
7.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment