Sekarang, jika diperkenan oleh Raja, adakanlah suatu carian di dalam perbendaharaan diraja di Babel, sama ada Raja Kores pernah memberikan perintah untuk membina semula Rumah Allah di Yerusalem itu. Kemudian sudilah Raja menyampaikan kehendaknya tentang hal tersebut kepada kami.
Ezra 5:17
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Perintah untuk membina semula Bait TUHAN"
Bab 5 kitab Ezra kerja membina Bait TUHAN bersambung lagi selepas 18 tahun terhenti akibat tentangan masyarakat sekitar, raja Parsia pula memerintah untuk menghentikan pembina sehingga perintah selanjutnya (Ezra 4:21).
Malang surat perintah selanjutnya tidak dikeluarkan oleh raja Parsia sehinggalah dua nabi di Yerusalem bernubuat Hagai dan Zakharia mengesah pembinaan diteruskan (ay.1), Zerubabel bersama imam Yesua menyahut gesaan itu, meneruskan pembinaan (ay.2), tetapi dipersoal pula oleh Tatnai dan rakan-rakannya pemimpin daerah seberang sungai Efrat, mereka bertanya adakah keizinan dari raja Parsia meneruskan pembinaan tetapi tidak menghalang pembinaan (ay.3-5).
Mereka menulis surat kepada Darius raja Parsia agar mencari surat keizinan pembinaan Bait TUHAN itu pada zaman raja Kores (ay.17).
Bukan mudah membina satu bangunan besar pada zaman itu sebab boleh dianggap pemberontakan kepada pemerintah.
Hari ini masih berlaku keizinan membina gedung yang besar, pertama-tama demi keselamatan bangunan itu sendiri. Tetapi kalau rumah kediaman di tanah sendiri tidak perlu buat masa sekarang. Sebab belum berlaku rumah runtuh dan sebagainya.
Semoga kita pun menunggu surat raja Kores pernah memberikan perintah untuk membina semula Bait TUHAN di Yerusalem ditemui demi keselamatan dan jangan sampai mencetuskan perang.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya diberi izin membina gedung gereja oleh kerajaan.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 28.6.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment