Yohanes 9:13-15 (AVB) Orang yang dahulunya buta itu dibawa mereka kepada orang Farisi.
Yesus telah membuat tanah liat dan menyembuhkan mata orang itu pada hari Sabat.
Orang Farisi menanya orang itu bagaimana dia dapat melihat. Jawabnya, “Dia menyapukan tanah liat pada mataku, lalu aku membasuh muka, dan kemudian aku dapat melihat.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menyembuhkan mata orang itu pada hari Sabat" Bab 9 Injil Yohanes menceritakan tentang Tuhan Yesus menyembuhkan mata seorang yang buta sejak lahir. Saya fikiran Tuhan Yesus sengaja memilih hari Sabat melakukan mukjizat supaya dapat mengajar rakyat dan para pemimpin agama bahawa Dia di atas hari Sabat dan bukan sebaliknya. Bagi orang Farisi perbuatan Tuhan Yesus itu membuktikan Dia berdosa kerana melanggar hukum Sabat tetapi ada juga yang tidak setuju (ay.16). Tetapi bagi orang buta yang dicelikkan oleh Tuhan Yesus percaya bahawa Dia seorang nabi (ay.17). Selepas orang itu berjumpa dengan Tuhan Yesus Dia malah percaya Tuhan Yesus ialah Mesias (ay.38). Sedangkan orang Farisi menolak Tuhan Yesus sebab itu mereka masih buta rohani dan tetap berdosa kata Tuhan Yesus (ay.41).
Mari kita belajar tidaklah berdosa menyembuhkan mata orang itu pada hari Sabat tetapi tetap berdosa kalau melarang berbuat baik pada hari Sabat.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
14.11.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment