Yohanes 15:20-21 (AVB) Ingatlah apa yang telah Kukatakan kepadamu, ‘Seorang hamba tidak lebih besar daripada tuannya.’ Jika mereka menganiaya-Ku, mereka akan menganiayamu juga. Jika mereka menurut kata-kata-Ku, mereka akan menurut kata-katamu juga.
Semua itu akan dilakukan mereka terhadapmu, kerana nama-Ku, dan mereka tidak mengenal Dia yang mengutus-Ku.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak mengenal Dia yang mengutus Aku" Bab 15 Injil Yohanes sambungan khutbah Tuhan Yesus kepada para murid-Nya pada malam sebelum Dia ditangkap. Antara yang disebut oleh Tuhan Yesus tentang dunia membenci para murid kerana mereka milik Kristus dan bukan milik dunia (ay.19). Bukan saja para murid dibenci tetapi terlebih dahulu Tuhan Yesus sendiri (ay.18). Kenapa dunia membenci Tuhan Yesus kerana mereka tidak mengenal siapa yang mengutus Dia (ay.21) atau dengan kata lain tidak mengenal Bapa atau TUHAN yang sebenarnya. Bermaksud tuhan mereka itu bukanlah TUHAN yang sebenar. Sekarang kita tahu banyak tuhan palsu yang disembah oleh manusia semuanya membenci dan mahu membunuh Tuhan Yesus. Dalam gereja sendiri boleh wujud orang yang tidak mengenal Bapa yang mengutus Tuhan Yesus kalau ada sikap mementingkan agenda peribadi.
Mari kita berlajar tidak mengenal Dia yang mengutus Aku kata Tuhan Yesus kalau kita masih membenci antara satu dengan yang lain.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
20.11.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment