Yohanes 5:39-40 (AVB) Kamu mengkaji Kitab Suci dengan tekun kerana kamu percaya dalamnya kamu mendapat hidup kekal. Sebenarnya Kitab Suci memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku untuk mendapatkan hidup kekal. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan, hari ini kita belajar tentang "Kitab Suci memberi kesaksian tentang diri-Ku" Bab 5 Injil Yohanes ada menceritakan tentang Tuhan Yesus mengajar bahawa Kitab Suci memberi kesaksian tentang diri-Nya (ay.39) tetapi orang Yahudi tidak mahu datang kepada-Nya apabila Dia menyatakan diri (ay.40), malah mahu membunuh Tuhan Yesus sebab menyembuhkan seseorang pada hari Sabat (ay.18) sedangkan mereka tekun mengkaji Kitab Suci dengan harapan mendapat hidup yang kekal (ay.39). Hari ini ramai yang mahu mengkaji Kitab Suci belajar di seminari sehingga mendapat gelar teologi. Apakah tujuan mereka? Untuk mengetahui Tuhan Yesus dalam seluruh Alkitab supaya mereka imani, lakukan dan ajarkan kepada orang lain. Mari kita belajar bahawa Kitab Suci memberi kesaksian tentang diri-Ku kata Tuhan Yesus, kajilah Kitab Suci dengan cermat supaya kita tahu bagaimana mendapat hidup yang kekal. Ibadah yang sejati ialah mereka yang menyambut Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia. 10.11.2024.

Comments

Popular Posts