Yohanes 2:6-8 (AVB) Di situ ada enam buah tempayan yang digunakan untuk istiadat penyucian orang Yahudi. Tiap-tiap tempayan dapat memuat kira-kira seratus liter air.
Yesus berkata kepada pelayan-pelayan, “Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.” Mereka pun mengisi penuh keenam-enam tempayan itu.
Setelah itu, Yesus berkata pula, “Sekarang ambillah sedikit air itu, bawanya kepada ketua majlis.” Mereka pun menghidangkan air itu kepada ketua majlis.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Isilah tempayan-tempayan ini dengan air" Bab 2 Injil Yohanes ada menceritakan Tuhan Yesus membuat air menjadi air anggur yang memabukkan di pesta perkahwinan di Kana (ay.1-11). Dikata ada enam tempayan diisi penuh air setiap satu berisi 100 litter (ay.6) bermaksud ada 600 liter air yang menjadi air anggur yang memabukkan yang di buat oleh Tuhan Yesus, bermaksud boleh memabukkan 1000 orang tetamu, bukan itu saja air anggur memabukkan itu adalah yang terbaik berbanding air anggur yang disediakan oleh tuan rumah (ay.10). Budaya orang Yahudi dan orang Rungus agaknya ada persamaan dalam soal makan dan minum ketika pesta perkahwinan, penting makanan dan minuman cukup, Tuhan Yesus tahu keperluan majlis itu, mungkin kehadiran di luar jangka sebab itulah tuan rumah kehabisan air anggur yang memabukkan di awal pesta, syukur Tuhan Yesus menyelamatkan keadaan.
Selain tempayan air tempayan rohani kita juga perlu diisi dengan kebenaran firman TUHAN supaya berguna dalam kehidupan kita.
Mari kita belajar memohon kepada Tuhan Yesus supaya isilah tempayan-tempayan ini dengan air yang memberi kehidupan kepada orang lain.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
7.11.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment