Yohanes 8:44-45 (AVB) Bapamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih cenderung menurut kehendak bapamu. Dari mulanya lagi, Iblis pembunuh. Dia tidak menyokong kebenaran, kerana dalam dirinya tidak ada kebenaran. Apabila dia berdusta, dia bercakap dari sifat tabiinya sendiri, kerana dia pendusta dan bapa segala dusta. Sebaliknya Aku menyampaikan kebenaran, maka itulah kamu tidak mahu percaya kepada-Ku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bapa segala dusta" Bab 8 Injil Yohanes ada menceritakan tentang perdebatan Tuhan Yesus dengan orang Yahudi yang percaya kepada-Nya (ay.31-59) berakhir dengan orang Yahudi mahu merejam Tuhan Yesus kerana mereka tidak dapat menerima bahawa bapa mereka Iblis dan mereka anak-anak Iblis (ay.44), kerana mereka tidak menerima kebenaran yang disampaikan oleh Tuhan Yesus (ay.45). Walaupun orang Yahudi mengatakan mereka keturunan Abraham (ay.33), tetapi mereka tidak melakukan apa yang dilakukan oleh Abraham (ay.39) itu membuktikan bapa mereka Iblis. Malah mahu membunuh Tuhan Yesus itu bukan perilaku Abraham (ay.40). Hari ini siapa bapa kita, Iblis atau Abraham? Kalau kita masih berdusta dan tidak menyokong kebenaran Iblislah bapa kita bukan Abraham. Mari kita belajar bapa kita Abraham dan bukan Iblis bapa segala dusta itu. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 13.11.2024.

Comments

Popular Posts