Yohanes 7:2-5 (AVB) Ketika itu perayaan orang Yahudi, iaitu Perayaan Pondok Daun hampir tiba. Oleh itu, saudara-saudara Yesus berkata kepada-Nya, “Beredarlah dari sini ke Yudea, supaya murid-murid-Mu dapat melihat perbuatan-Mu. Orang tidak menyembunyikan perbuatannya kalau ingin menjadi ternama. Kerana Kamu sudah melakukan perkara-perkara ini, biarlah diri-Mu dikenal orang di dunia.” Saudara-saudara Yesus sendiri tidak percaya kepada-Nya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Saudara-saudara Yesus sendiri tidak percaya kepada-Nya" Bab 7 Injil Yohanes ada menceritakan Saudara-saudara Tuhan Yesus sendiri tidak percaya kepada-Nya (ay.5) mungkin juga mereka menyisihkan Dia, syukur ada para murid dua belas orang itu yang percaya dan setia bersama-Nya. Tidak dapat dinafikan dalam pelayanan ada masa kita disisihkan oleh keluarga sendiri malah isteri atau suami, adik beradik dan kawan-kawan pun melakukan perkara yang sama, tetapi hairannya ada pula yang setia bersama menyokong pelayanan kita bukan saudara atau kawan itu memang satu keajaiban. Tuhan Yesus akhirnya pergi juga ke Yerusalem meraihkan perayaan Pondok Daun selepas saudara-saudara-Nya pergi (ay.10) Walaupun Dia tahu telah ada niat para pemimpin agama Yahudi mahu menangkap dan membunuh-Nya pada masa perayaan itu (ay.19) kerana ajaran dan perbuatan-Nya mereka anggap bertentangan dengan hukuman Taurat (ay.49). Mari kita belajar bahawa saudara-saudara Tuhan Yesus sendiri tidak percaya kepada-Nya apa lagi saudara-saudara kita. Damai sejahtera disanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 12.11.2024.

Comments

Popular Posts