Yohanes 16:1-3 (AVB) Semua ini Kukatakan kepadamu supaya kamu tidak sesat. Mereka akan menyingkirkanmu daripada saumaah. Masanya akan tiba ketika semua orang yang membunuhmu menganggap bahawa dengan berbuat demikian dia mengabdi kepada Allah. Perkara ini akan dilakukan oleh mereka, kerana mereka belum mengenal baik Bapa mahupun Aku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak mengenal baik Bapa mahu pun Aku" Bab 16 Injil Yohanes masih lagi sambung khutbah Tuhan Yesus kepada para murid-Nya ketika perjamuan akhir dan Dia membasuh kaki para murid, kali ini Tuhan Yesus memberi tahu kepada para murid bahawa akan tiba masa orang akan menyingkirkan mereka dari rumah ibadat dan membunuh mereka dan menganggap sebagai tanda mengabdi kepada TUHAN (ay.2), memang berlaku sehingga hari ini ada kelompok tertentu berbuat demikian dan menganggap itu perbuatan mengabdi kepada Tuhan mereka. Kenapa berlaku demikian kerana mereka tidak mengenal Bapa atau pun Tuhan Yesus (ay.2) Bolehlah dikatakan mereka menyembah tuhan yang palsu, bukan TUHAN yang benar. Kita perlu berhati-hati supaya tidak menyembah tuhan yang palsu yang suka pembunuhan fizikal atau emosi seseorang dengan menyingkirkan mereka dari rumah ibadat dalam konteks kita gereja, kemudian menganggap perbuatan itu sikap mengabdi kepada TUHAN. Mari kita belajar tidak mengenal baik Bapa mahu pun Aku kata Tuhan Yesus kalau masih mahu menyingkirkan orang dari gereja, membunuh secara fizikal atau pun emosi orang lain. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 21.11.2024.

Comments

Popular Posts