Yohanes 20:17 (AVB) Yesus berkata kepadanya, “Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada murid-murid-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bapa-Ku dan Bapamu, TUHAN-Ku dan TUHANmu" Bab 20 Injil Yohanes pentup Injil ini, mencatat kisah kebangkitan Tuhan Yesus pada hari selepas Sabat (ay.1), Maria Magdalena pergi ke kubur Tuhan Yesus mendapati batu pentutup sudah diguling dan tubuh Tuhan Yesus tidak ada di tempat dibaringkan (ay.1-2). Dia memberitahu Petrus dan murid yang lain, mereka kembali ke kubur itu, memang benar seperti yang dikatakan (ay.3-7). Maria menangis di pintu gua kubur selepas kedua murid beredar, tiba-tiba Tuhan Yesus bertemu dengan Maria, mengatakan Dia akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapa-mu, TUHAN-Ku dan TUHAN-mu (ay.17). Bagi Tuhan Yesus para murid-Nya dan semua yang percaya kepada-Nya memiliki Bapa dan TUHAN yang sama. Seperti iman kita hari ini, kita juga akan dibangkitan seperti Tuhan Yesus, tidak lagi perlu berdoa untuk kebangkitan Tuhan Yesus sebab Dia sudah bangkit, tidak perlu berdoa untuk orang mati supaya dibangkitan sebab seperti Tuhan Yesus mereka pun akan dibangkitan (Rm.6:4). Mari kita belajar Bapa-Ku dan Bapa-mu, TUHAN-Ku dan TUHAN-mu, kebangkitan Tuhan Yesus kebangkitan kita juga. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 25.11.2024.

Comments

Popular Posts