Kisah Para Rasul 3:1-3 (AVB) Petrus dan Yohanes naik ke Bait Suci bersama-sama pada waktu beribadat pada jam kesembilan.
Ada seorang lumpuh sejak dari rahim ibunya. Setiap hari dia diangkat orang dan diletakkan di pintu Bait Suci itu yang dinamakan Pintu Indah, untuk meminta sedekah daripada orang yang masuk ke Bait Suci itu.
Apabila dia melihat Petrus dan Yohanes sedang hendak masuk ke Bait Suci itu, dia pun meminta sedekah.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Waktu ibadah jam kesembilan" Bab 3 kitab Kisah Para Rasul cerita tentang Petrus dan Yohanes menyembuhkan seorang lumpuh sejak dari lahir di pintu Bait Suci di Yerusalem (ay.2). Mereka pergi ke Bait Suci untuk beribadah pada jam kesembilan atau dalam jam kita hari ini jam tiga petang (ay.1), agama Yahudi ada masa tertentu dalam sehari mereka beribadah. Teringat saya ada jemaah yang beribadah hari minggu pada jam tiga petang, secara kebetulan sama dengan jam ibadah orang Yahudi dan sama dengan jam kematian Tuhan Yesus (Mat. 27:46), tanpa sedar ada teologi di sebalik masa kebaktian pada jam tiga petang. Masa beribadah atau membuat renungan pagi, berdoa pagi dan sebagainya perlu kita tetapkan sendiri untuk diri sendiri. Sangat berguna untuk disiplin rohani agar rohani kita hidup dan berkembang. Rohani juga seperti tubuh boleh menjadi letih, lemah malah sakit paling teruk mati. Itulah yang kita tidak mahu kalau rohani mati, sebab tidak mampu lagi memahami perkara rohani, kerana itu penting disiplin rohani. Tuhan Yesus juga ada disiplin rohani, Dia berdoa selepas dan sebelum memulakan pelayanan, biasanya pada waktu malam (Mat.14:23) dan waktu subuh (Mrk.1:35).
Mari kita belajar seperti rasul Petrus dan Yohanes datang waktu beribadah jam kesembilan di Bait Suci.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
29.11.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment